HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Januari 2018

Powerbank Perlu Mempunyai Pengesahan Sirim

DETIK DAILY



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini mengumumkan yang mana semua bateri sekunder perlu mempunyai dan mendapatkan sijil serta label daripada Sirim sebelum ia dipasarkan bermula 1 Februari 2018 kelak.

Bateri sekunder yang terlibat adalah termasuk untuk telefon bimbit, powerbank, rokok elektrik, komputer riba, dron, dan sebagainya.

Pihak kerajaan turut mengatakan yang mana tempoh peralihan yang sewajarnya akan diberikan kepada pihak berkenaan sebelum ia dikuat-kuasakan sepenuhnya. Tempoh peralihan yang ditawarkan akan diumumkan oleh pihak berkuasa dalam masa terdekat ini.

Langkah pengenalan keperluan pengesahan ini diperkenalkan dalam mengelak bateri tiruan dan sebagainya dipasarkan – sekaligus membawa kepada pelbagai risiko kepada pengguna.-BERNAMA

Tiada ulasan: