Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui kerajaan
persekutuan setakat ini belum mampu mengambil alih konsesi tol di negara
ini.
Katanya, proses pengambilalihan itu akan menyebabkan kerajaan kekurangan wang untuk projek pembangunan lain sekiranya pemansuhan tol mahu dilakukan secara tergesa-gesa.
“Kecaman rakyat memang akan datang apabila kita putuskan untuk tidak hapuskan tol.Tetapi rakyat mesti faham, walaupun mereka tidak bayar tol, kerajaan tetap kena bayar tol dan kerajaan bayar tol daripada duit yang dikutip dari rakyat, akhirnya rakyat membayar (tol) melalui kerajaan.
“Kerajaan perlu beli lebuhraya melalui duit cukai yang dikutip daripada rakyat dan daripada itu jalan juga mesti diperbaiki sepanjang masa dan ia juga memerlukan perbelanjaan daripada kerajaan, tidak lagi oleh syarikat.
“Dan ini juga bermakna sebahagian cukai yang dikutip mestilah diguna untuk menyelenggara jalan.
“Ini bermakna kerajaan akan kekurangan wang untuk projek-projek lain yang diperlukan ,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelantar Metrod Holdings Berhad, di Klang, hari ini.
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengulas reaksi negatif rakyat berhubung langkah kerajaan yang hanya mampu menghapuskan kutipan tol dari jam 11 malam hingga 5 pagi.
Sabtu lalu, kerajaan mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya milik syarikat terbabit - Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Lalu Lintas Barat KL (Sprint Expressway), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Pintar (Smart).
Jika pengambil-alihan itu berjaya, kerajaan merancang untuk menghapuskan tol dan mengenakan caj kesesakan di mana kadarnya adalah sehingga 30 peratus lebih rendah daripada kadar tol semasa.
Selain itu, tidak akan ada bayaran akan dikenakan semasa waktu puncak kesesakan iaitu antara jam 11 malam dan 5 pagi.
Pada sidang akhbarnya itu, Dr Mahathir juga diminta mengulas perkembangan terkini projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Katanya, kerajaan hanya akan meneruskan ECRL jika berpuas hati dengan harga yang dipersetujui oleh China.
“Jika harganya bersesuaian, kita akan teruskan. Tetapi pada masa ini kita belum lagi tidak bersetuju dengan harga yang diberikan,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan