ALOR SETAR: Pengesahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiada dana RM90 juta
diterima PAS membolehkan rakyat menilai provokasi pemimpin Pakatan
Harapan (PH).
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad
Fakhruddin Fakhrurazi berkata, isu tersebut menjadi agenda PH bagi
memburukkan PAS sejak kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
Katanya penjelasan SPRM berjaya
menyingkap niat sebenar pemimpin PH yang jelas diselubungi rasa cemburu
terhadap PAS yang berjaya membina
kekuatan pakatan pembangkang.
“Pengesahan itu juga secara tidak langsung memberi kelegaan kepada ahli dan penyokong PAS di seluruh negara,” katanya di sini.
Semalam Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato’
Seri Mohd Shukri Abdull dilapor mengesahkan tiada kemasukan dana 1MDB
sebanyak RM90 juta dalam akaun PAS. - HARAKADAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan