HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Februari 2019

Mahathir kata SPRM belum jumpa lagi Affin Bank seperti kata Husam maybe GPS rosak!


Kenyataan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa tiada dana RM90 juta 1MDB masuk ke akaun rasmi PAS belum terbukti benar atau tidak, kata Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana beliau percaya SPRM perlu mengambil masa dalam siasatan mereka bagi mendapatkan maklumat lengkap berhubung kes terbabit.

“Kenyataan SPRM bahawa tiada sebarang wang RM90 juta daripada 1MDB yang dikesan dimasukkan ke dalam akaun rasmi PAS setakat ini, ia mungkin kerana SPRM belum dapat maklumat sepenuhnya…ia (siasatan) mengambil masa (lebih lama untuk siasatan).

“Setakat ini banyak lagi kes kecurian duit oleh (bekas perdana menteri) Najib Razak yang SPRM tidak pun punyai masa untuk selidik.

“Jadi ini tidak bermakna bahawa Najib tidak curi. Cuma tidak diselidik lebih lanjut sahaja. Kita tunggulah. Adakah (pengesahan) itu benar atau pun tidak,” katanya dalam sidang media di Klang, hari ini.

Mahathir berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull pada sidang media di Terengganu, semalam bahawa tiada dana 1MDB dikesan dimasukkan ke dalam akaun rasmi PAS.

Beliau berkata hasil siasatan SPRM setakat ini tidak menemui sebarang bukti ada kemasukan dana RM90 juta yang didakwa sebelum ini.

Sejak siasatan SPRM bermula pada 6 Februari lalu, suruhanjaya itu telah mengambil keterangan anggota jawatankuasa pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas timbalan ppresiden Nasharudin Mat Isa.

Ia susulan laporan terhadap SPRM, selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyelesaikan samannya terhadap pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown di luar mahkamah.


Tiada ulasan: