HALAMAN SANTAI
Sabtu, 23 Februari 2019
Ini buat Anwar makin hot!!
PUTRAJAYA: Pemimpin PPBM hari ini berpendapat Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya diberi peluang untuk menghabiskan pentadbirannya sebagai perdana menteri.
Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, sekiranya Dr Mahathir gagal dalam pentadbirannya dalam penggal ini, pengerusi PPBM itu akan mengambil risiko terhadap partinya sendiri.
“Bila saya lihat Dr Mahathir, saya tengok beliau dalam keadaan baik.
“Beliau melakukan apa yang beliau boleh untuk mengembalikan negara ini kepada keadaan yang normal,” katanya pada sidang medianya di Menara Usahawan, hari ini.
Abdul Rashid berkata demikian mengulas mengenai gerakan undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir, sambil menambah beliau tidak mendengar wujudnya gerakan seperti itu.
“Ini cerita cybertroopers sahaja. Cybertroopers banyak bahan sekarang ini. Lagi banyak duit mereka peroleh, lagi banyak putar belit mereka lakukan,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya itu berkata, apa yang didengari pihaknya adalah semakin ramai yang menyukai Dr Mahathir.
“Tak ada orang datang kepada saya yang kata perdana menteri seharusnya berhenti. Banyak yang kata dia seharusnya kekal sehingga tempoh akhir pentadbirannya.
“Yang saya dengar itulah, bukan saya nak kempen untuk (beliau) kekal… tidak,” katanya.
Rashid bagaimanapun berkata undi tidak percaya itu tidak akan menjadi kenyataan.
“Secara asasnya perkara berkenaan tidak akan menjadi kenyataan. Saya tak nak komen lebih dari itu sebab terdapat seseorang yang menunggu untuk menjadi perdana menteri,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan