HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Februari 2019

Dana RM90 juta: Takiyuddin beri keterangan kepada SPRM

MALAYSIAKINI

   
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan hari tampil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

Media melaporkan Anggota Parlimen Kota Bharu itu tiba di pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

“Ya, (Datuk) Takiyuddin tiba di SPRM jam 9.20 pagi tadi, untuk direkod keterangan berkaitan dakwaan RM90 juta,” kata sumber seperti dilaporkan Berita Harian.

25 Februari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull berkata bahawa tiada dana 1MDB dikesan dimasukkan ke dalam akaun rasmi PAS.

Beliau berkata hasil siasatan SPRM setakat ini tidak menemui sebarang bukti ada kemasukan dana RM90 juta yang didakwa sebelum ini.

Sejak siasatan SPRM bermula pada 6 Februari lalu, suruhanjaya itu telah mengambil keterangan anggota jawatankuasa pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas timbalan ppresiden Nasharudin Mat Isa.

Ia susulan laporan terhadap SPRM, selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyelesaikan samannya terhadap pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown di luar mahkamah.

Tiada ulasan: