HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Februari 2019

10 kawasan alami gelombang haba tahap berjaga-jaga

ainaa syaza 

Suhu mencecah hingga 37 darjah celcius bagi 3 hari berturut-turut


BANGI – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengingatkan orang awam mengenai status gelombang haba yang melanda beberapa kawasan Semenanjung Malaysia, kini berada pada tahap 1 (berjaga-jaga).

Berdasarkan data di laman web berkenaan. sehingga jam 8.50 pagi tadi, 10 kawasan terjejas mencecah suhu maksimum harian 35 ke 37 darjah celcius, sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut.

Beberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia yang terkesan antaranya adalah Chuping, Perlis; Kubang Pasu, Kota Setar dan Sik di Kedah, manakala di Perak merangkumi kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta.

Antara kawasan lain turut terjejas dengan gelombang haba tahap 1 ini adalah Maran, Pahang; Kepong, Kuala Lumpur dan Tangkak, Johor.

Kawasan-kawasan lain tidak tersenarai dalam 10 kawasan ini, masih berada pada suhu maksimum, kurang daripada 35 darjah celcius.

MetMalaysia berharap orang awam sentiasa peka dengan perkongsian status gelombang haba di akaun rasmi Facebook mereka.

 

Tiada ulasan: