HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Februari 2019

PH kata tiada ‘lampu Aladin’ atasi ekonomi, Najib sindir ‘poket Doraemon’ ada?


KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak menyindir pemimpin Pakatan Harapan (PH) sama ada mereka ada “poket Doraemon” untuk mengatasi masalah ekonomi negara.

“Kini, PH akui ekonomi sudah teruk. Tetapi mereka kata tak tahu bagaimana nak Selamatkan Malaysia kerana tidak ada lampu Aladin (poket Doraemon ada tak?),” kata ahli parlimen Pekan.

Bekas perdana menteri membuat pertanyaan susulan kenyataan timbalan menteri kerja raya Mohd Anuar Mohd Tahir yang menyebut PH tidak ada “lampu Aladin” bagi membaiki ekonomi.

Najib juga mendakwa ekonomi “sangat kukuh” sebelum pilihan raya umum ke-14 tetapi “terbalik” apabila negara dikuasai PH berikutan rakyat “terpedaya cakap Najib hancurkan ekonomi”.

“Selepas PRU14 pula, semua telah terbalik di bawah mereka. Ekonomi semakin teruk. Rakyat baru sedar bahawa ekonomi sebelum PRU14 bukan teruk seperti dihasut oleh PH masa itu,” katanya.

Terdahulu, Mohd Anuar Mohd Tahir meminta rakyat memberi masa bagi mengatasi isu ekonomi kerana kerajaan PH “bukan ada lampu Aladin yang boleh gosok-gosok selesai masalah”.

Tiada ulasan: