HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Februari 2019

"Kalau hendak, sokong kerajaan PH, bukan hanya saya" - Perdana Menteri

Fareez Azman, Astro Awani
"Kalau hendak, sokong kerajaan PH, bukan hanya saya" - Perdana Menteri
Jelas Dr Mahathir, Pas seharusnya menyokong kerajaan Pakatan Harapan bukan hanya beliau semata mata. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
 
 
KLANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal sokongan Parti Islam Semalaysia (Pas) terhadapnya ketika diminta mengulas pendirian parti berkenaan yang menyokong kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri atas faktor Islam.

Menurut Dr Mahathir, parti itu seharusnya menyokong kerajaan PH dan  bukannya beliau semata-mata.
 
“Saya perlu sokongan wakil rakyat setakat lima puluh peratus lebih, saya tidak perlu sokongan daripada PAS kerana PH sendiri mempunyai lebih daripada separuh kerusi dalam Dewan Rakyat.

“Tetapi kalau dia nak sokong, dia sokonglah. Tidak usahlah cakap kepada saya, tandatangan surat konon nak sokong saya tapi tidak sebut nak sokong PH,cuma nak sokong saya saja. Tapi saya bukan kerajaan, kerajaan mestilah PH," jelas Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan loji baharu Metrod Holdings Bhd di Bukit Raja Klang pada Isnin.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu teguh dengan pendirian menyokong Dr Mahathir jika berlaku pengkhianatan dalam kerajaan. 
 
 

Tiada ulasan: