HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Februari 2019

PRK RANTAU: PAS BERI LALUAN KEPADA UMNO?

Wartawan Watan-Online

PAS Negeri Sembilan dijangka sekali lagi memberi laluan kepada calon UMNO yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau tidak lama lagi.

Pemangku Pesuruhjaya PAS negeri, Rafiei Mustapha berkata memperlihatkan kepada kerjasama kedua-dua parti pada ketika ini, PAS juga akan turut menyokong calon UMNO di PRK Rantau.

“Seelok-eloknya calon UMNO yang bertanding kerusi ini dan kita akan berikan sokongan.

“Bagaimanapun, kita tunggu keputusan muktamad dan arahan yang akan dibuat oleh kepimpinan PAS pusat,” katanya sebelum menambah pihaknya yakin penyandang kerusi tersebut selama tiga penggal, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempertahankan kerusi berkenaan dalam PRK tersebut.

Rafiei berkata demikian kepada media selepas membuat laporan polis terhadap dua pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Islam dan Islam dan Nabi Muhammad SAW di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, pada Rabu.


Tiada ulasan: