HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Februari 2019

Merokok di kedai makan: 6 Mei untuk dengar semakan kehakiman

THE MALAYSIAN TIMES
 

KUALA LUMPUR: Pendengaran permohonan semakan kehakiman difailkan tujuh individu bagi mencabar larangan merokok di semua premis makan yang dikuat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 1 Jan 2019, ditetapkan pada 6 Mei ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizah Nawawi menetapkan tarikh itu ketika pengurusan kes berkenaan di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Nasbal Harun yang mewakili Mohd Hanizam Yunus dan enam yang lain manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan bertindak bagi pihak KKM sebagai responden.

“Hakim juga memerintahkan pihak-pihak untuk memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 29 April,” kata Nasbal kepada pemberita dan memaklumkan bahawa mahkamah sama pada 29 Jan telah memberi kebenaran kepada anak guamnya untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.–Bernama

Tiada ulasan: