HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Februari 2019

Dana RM90 juta: Mana maruah PAN

MUHAMMAD ARIF ISMAIL




Wan Roslan Wan Hamat menerima cenderahati daripada peserta Gi Mekoh Nga Motor. 

KOTA BHARU: Pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiada dana RM90 juta dalam akaun PAS menjejaskan kredibiliti pemimpin Parti Amanah Negara (PAN).

Sedangkan pada 9 Februari 2017 Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Dato’ Husam Musa dilapor menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.

Anggota Exco kerajaan negeri Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, penjelasan SPRM menjelaskan situasi sebenar politik murahan pemimpin PAN.

Katanya, dakwaan itu dijaja sejak sekian lama bagi mencacat PAS pada pandangan masyarakat.

“Kini tohmahan liar tersebut sudah terjawab. Di mana maruah pemimpin PAN dan Pakatan Harapan yang berhempas pulas memfitnah PAS sebelum ini,” katanya selepas menerima kunjungan tiga peserta 'Gi Mekoh Nga Motor' di pejabatnya petang semalam.

Peserta terbabit Diami Yusoff, Mohamad Fadhli Ab Rashid dan Mohd Zalani Zulkifli mencatat sejarah menunggang motosikal kapcai menunaikan umrah Januari lepas.

Pada Ahad lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato’ Seri Mohd Shukri Abdull mengesahkan tiada kemasukan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun PAS seperti yang didakwa pihak tertentu. - HARAKAHDAILY


Tiada ulasan: