PRK SEMENYIH l Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming mahu pengundi Cina menolak bekas perdana menteri Najib Razak kerana ‘tidak tahu malu’ berhubung kegagalan 1MDB.
Beliau merujuk bagaimana Najib terus cuba meraih populariti menerusi di media sosial menggunakan slogan "Malu apa Bossku".
"Ini menakutkan. Kenapa saya katakan demikian? Slogannya ... malu apa bossku, saya rasuah malu apa, saya samun malu apa, saya rompak malu apa, saya rogol, malu apa?
“Jika ini menjadi nilai, pedoman hidup rakyat kita, mampuslah semua, betul tak?” katanya pada ceramah di Lembah Vista, Semenyih, yang dihadiri kira-kira 800 orang.
Nga kemudiannya memetik ajaran tradisional Cina yang menyaksikan kesusilaan dan kesopanan, keadilan, integriti dan maruah (rasa malu) dianggap sebagai empat tonggak sesebuah negara, yang mana menurutnya akan runtuh tanpa nilai-nilai itu.
Beliau berkata, Najib cuba menyemai "sikap tidak malu" terhadap kegagalan isu skandal 1MDB yang menyasikan RM2.6 bilion masuk ke akaun bank peribadinya.
"Dan ada orang Cina (anggota MCA) membantunya dengan memakai baju Bossku," kata timbalan Speaker Dewan Rakyat itu, yang menegaskan bahawa beliau bercakap atas kapasiti sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan