HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Februari 2019

Ismail Sabri jadi Ketua Pembangkang?

MALAYSIA GAZETTE
MGF17122018_PC-UMNO-SELANGOR03-681x454
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengambil alih peranan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat untuk menggantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang "bercuti".

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengambil alih peranan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat untuk menggantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang “bercuti”.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kedudukan Ahmad Zahid sebagai Ketua Pembangkang akan dikembalikan sekiranya beliau pulang  untuk meneraju UMNO.

Katanya, UMNO telah bermesyuarat dan bersetuju mencalonkan Ismail Sabri sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

“Mesyuarat Barisan Nasional (BN) akan diadakan selepas ini untuk perbincangan seterusnya.

“Selepas kelulusan BN, kami akan berbincang dengan Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memuktamadkan calon kami,” katanya kepada Sinchew Daily.

Pas dilaporkan bersetuju memberi laluan kepada UMNO, yang merupakan parti pembangkang dengan jumlah Ahli Parlimen terbanyak, untuk menentukan calon Ketua Pembangkang Parlimen.

Tiada ulasan: