HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Februari 2019

7 stadium bermasalah, pemain hoki beraksi dalam panas terik

MALAYSIAKINI

   

Perlawanan separuh akhir Piala TNB semalam terpaksa dilangsungkan di bawah panas terik di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur.

UniKL dan Maybank berentap pada jam 3 petang manakala Terengganu HT dan Tenaga Nasional pula bermain pada jam 5.

Pada jam 3 petang, perlawanan berlangsung ketika panas terik mencecah 36 darjah celcius.

Malah, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran gelombang haba dan dan Institut Sukan Negara(ISN) telah meminta atlet supaya berhati-hati.

Pun begitu, pemain yang terlibat semalam tidak meminta pengarah perlawanan Jusvir Singh menunda perlawanan bagi mengelakkan strok haba, lapor New Straits Times.

Menurut laporan harian berbahasa Inggeris itu, tujuh stadium hoki di seluruh Lembah Klang tidak dapat digunakan akibat tidak diselenggara dengan baik oleh pihak kontraktor.

Stadium-stadium tersebut dikatakan berdepan pelbagai masalah, antaranya berkaitan padang, pencahayaan dan sedang diselenggarakan.

“Rancangan asal adalah untuk melangsungkan perlawanan secara serentak di Stadium Tun Razak dan Stadium Tengku Abdullah di Bangi pada jam 5 petang.

“Namun ada pasukan yang ingin perlawanan diadakan di Ipoh dan Terengganu.

“Oleh kerana tiada kata sepakat yang dicapai, kami 3untuk menggunakan Stadium Tun Abdul Razak pada 3 tiga dan 5 petang untuk kedua-dua perlawanan tersebut,” Jasvir dipetik sebagai berkata.

Di akhir perlawanan, UniKL membenam Maybank 4-1 manakala Terengganu HT mengalahkan Tenaga Nasional 3-1.


Tiada ulasan: