HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Februari 2019

KKM siasat produk palsu rawat sakit leukemia

Siti hafidah  

Produk tidak didaftar di Malaysia tapi dibawa masuk dengan keizinan


BANGI – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat siasatan berhubung produk berjenama Iclusig dengan bahan aktif Panotinib yang dipalsukan (falsified), yang digunakan untuk merawat penyakit chronic myeloid leukemia.

KKM memaklumkan, pihaknya akan bekerjasama dengan World Health Organization (WHO) dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat kes berkenaan.



Menerusi satu kenyatan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk itu tidak didaftarkan di Malaysia dan dibawa masuk dengan keizinan mengikut Peraturan 15(6), Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 atas permintaan dan permohonan daripada pakar perubatan untuk pesakit tertentu.

“Hasil semakan, didapati hanya seorang pesakit sahaja yang terbabit dan KKM telah mengambil langkah menghubungi hospital dan pesakit berkenaan untuk tindakan kuarantin produk itu.

“Justeru, sebarang pertanyaan atau aduan boleh diajukan melalui talian 03-78413200 atau dengan melayari portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my,” katanya.


Tiada ulasan: