HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Februari 2019

DAP kutuk penghina agama

Manzaidi Mohd Amin
xMGF27022019_WARGA-EMAS-HINA-NABI04-681x454
Seorang warga emas, Wai Foo Sing, 68 hadir untuk mendengar dua pertuduhan berikutan tindakannya yang biadab serta kurang ajar dengan menghina Nabi Muhammad S.A.W pada 17 Februari lalu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,
 

PUTRAJAYA – DAP menolak sebarang anasir yang berbentuk penghinaan terhadap agama di negara ini, termasuk Islam.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, parti itu sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan dan pihak berkuasa jika ada dalam kalangan ahli atau penyokongnya didapati bersalah menghina agama lain.

“Kita tidak pernah mendokong perbuatan seperti ini.

“Malah, kita turut mengecam jika ada individu tidak bertanggungjawab mencetuskan isu perkauman dengan menghina mana-mana agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia,” katanya ketika ditanya wartawan selepas majlis penyerahan cek kepada Yayasan Restu di Kompleks Nasyrul Quran di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan seorang individu bernama Foo Sing Wai yang kini didakwa di mahkamah atas pertuduhan menghina Nabi Muhammad dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah dalam akaun Facebooknya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Guan Eng memberitahu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa menyokong program menyebar dan menegakkan syiar Islam.

Sebagai bukti, katanya, kementeriannya meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada Yayasan Restu untuk pengurusan mencetak dan menyebar nashkah al-Quran untuk keperluan tempatan dan dunia.

“Saya harap Kompleks Nasyrul Quran ini dapat mencetak jumlah nashkah al-Quran mengikut yang ditetapkan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: