HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Februari 2019

JENTERA BN USAH SELESA-AHMAD MASLAN


Wartawan Watan-Online
 



Jentera kempen Barisan Nasional (BN) dinasihatkan untuk tidak berasa selesa dengan peningkatan sokongan sebanyak 60 peratus daripada pengundi Semenyih.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata jentera parti perlu mengekalkan rentak konsistensi dalam bekerja kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku di saat-saat akhir.

“Jentera BN jangan selesa, walaupun ada laporan 60 peratus telah sokong BN, jangan selesa hingga pukul 5.30 petang pada 2 Mac nanti.

“Semua kena bekerja hingga saat akhir barulah boleh kita yakin.

“ Pilihan raya ini macam-macam boleh jadi walaupun dalam tempoh sehari dua oleh itu kita kena konsisten berusaha dan terus berusaha” katanya kepada media sejurus selepas berucap pada Majlis Akifi Semenyih di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Kampung Sungai Purun, Semenyih pada Selasa.

Terdahulu, calon BN, Zakaria Hanafi dilaporkan berkata beliau yakin sokongan penduduk Semenyih terhadap BN kini mencapai 60 peratus dengan mengambilkira usaha keras jentera BN dan kerjasama dengan PAS yang ikhlas membantu.


Tiada ulasan: