HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Februari 2019

Anwar: PAS sokong rasuah atas nama Islam

KEADILAN DAILY

 

anwar-unisel


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak PAS yang mencipta khabar angin tentang usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di parlimen.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya wartawan tentang dakwaan tersebut yang dicetuskan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Apa isunya? Kenapa anda bangkitkan apa yang Abdul Hadi mahu?

“Itu usul Abdul Hadi. Biar dia yang buat usul tu,” kata Anwar kepada pemberita di Petaling Jaya hari ini.

Anwar juga berkata bahawa spekulasi untuk menjatuhkan Mahathir hanyalah percubaan PAS untuk memecahbelahkan Pakatan Harapan.

“Sebab mereka gagal teruk (dalam pilihan raya) dan mereka menyokong rasuah atas nama Islam, satu-satunya pilihan adalah untuk memecahbelahkan,” katanya.

PAS sebelum ini mendakwa wujud usaha untuk khianat kepada Mahathir. 

Dakwaan itu hadir selepas perjumpaan pemimpin PAS termasuk Abdul Hadi dengan perdana menteri.

Abdul Hadi hari ini sekali lagi menegaskan bahawa sekiranya wujud undi tidak percaya itu, pihaknya akan menyokong Mahathir.

Dakwaan itu bagaimana pun ditolak oleh pemimpin-pemimpin Harapan.

Tiada ulasan: