HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Februari 2019

"ECRL disambung jika harga munasabah" - PM

Fareez Azman, Astro Awani
"ECRL disambung jika harga munasabah" - PM
Kerajaan akan membincangkan kos perlaksaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan pasukan perunding daripada kerajaan China.
 

KLANG: Kerajaan akan membincangkan kos pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan pasukan perunding daripada kerajaan China dalam pertemuan minggu ini.

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kos membangunkan ECRL terlalu tinggi dan di luar kemampuan kerajaan.

“Untuk membelanjakan RM55 bilion sangat mahal di mana kita (kerajaan) terpaksa membayar balik kos berkenaan dalam tempoh 30 tahun dengan kadar faedah mencapai RM104 bilion.

"Jadi kita (kerajaan) akan cuba membincangkan jika kos terbabit boleh dikurangkan, jika tidak kita akan tunda perlaksaannya. Ketika ini, kita tidak bersetuju dengan kos ditetapkan. Jika kos munasabah, mungkin kita akan melaksanakannya," ujar Dr Mahathir.

Perdana Menteri demikian dalam sidang media selepas merasmikan loji baharu Metrod Holdings Bhd di Bukit Raja Klang, di sini pada isnin.

Sebelum ini, Syarikat perlaksanaan ECRL. China Communications Construction Co Ltd (CCCC) difahamkan akan mengurangkan separuh kos pembinaan berjumlah RM67 bilion ringgit atau AS$16.39 bilion bagi jajaran landasan sepanjang 688 kilometer.

Pengurangan itu hanya bagi kos membabitkan pembinaan, tidak termasuk kos kadar faedah dan kos pengambilan tanah.

Tiada ulasan: