HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Februari 2019

Belum undi, Orang Asli sudah panggil Aiman YB

Nizam Zain
Muhammad Aiman Zainali
Calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih, Muhammad Aiman Zainali (dua kanan) beramah mesra dengan masyarakat orang asli pada Program Ramah Mesra Bersama Pengundi Orang Asal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Jalan Kachau Semenyih, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK
 

SEMENYIH – Belum pun tiba hari mengundi, namun Orang Asli Kampung Kachau Dalam dan Kampung Kachau Luar di sini sudah memanggil calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali sebagai Yang Berhormat (YB).

Muhammad Aiman menyifatkan ia sebagai satu doa yang baik dan tidak mustahil boleh dicapai sekiranya Orang Asli menterjemahkannya dalma bentuk undi pada PRK Semenyih, Sabtu ini.

“Terima kasih sebab panggil saya YB, itu doa Insya-Allah, kita akan mengundi 2 Mac ini, kalau menang, masa itu confirm YB,” katanya berucap dalam majlis ramah mesra dengan masyarakat orang Asli tersebut  hari ini.
Muhammad Aiman Zainali
Calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih, Muhammad Aiman 
Zainali (dua kanan) bersama Cendal Goyen, 59 (kanan) bermai
alat muzik pada Program Ramah Mesra Bersama Pengundi Orang 
Asal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Jalan 
Kachau Semenyih, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK
Hadir sama Tok Batin Kampung Kachau Dalam dan Kampung Kachau Luar, Zainal Kilong dan Ketua Adatnya, Abok Hamid.

Muhammad Aiman juga berkata, beliau dimaklumkan pemimpin Orang Asli tentang beberapa tuntutan dan kemudahan asas mendesak yang perlu diselesaikan jika beliau terpilih sebagai wakil rakyat.

“Yang diminta balai raya, padang bola, alat muzik tradisional untuk kenduri kahwin dan status tanah adat di Kampung Kachau Dalam dan Kampung Kachau Luar ini.

“Kita akan lihat dan bantu, yang kita beri perhatian kepada isu yang paling cepat kita boleh selesaikan ialah alat muzik, padang bola, jalan raya dan infrastruktur.

“Isu tanah adat kita akan lihat apa masalahnya, kita akan berbincang dengan Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan, Insya-Allah kita dapat selesaikan,” katanya.

Katanya lagi, selain tuntutan itu, beliau melihat keperluan kesihatan perlu didahulukan untuk masyarakat Orang Asli di situ dengan kerjasama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

“Menteri Besar bersetuju untuk kita sediakan satu perkhidmatan kesihatan dengan mewujudkan klinik kesihatan bergerak untuk membantu penduduk kampung.

“Menteri Besar menyambut baik idea kita dan Insya-Allah, kita menangkan pilihan raya ini, kita akan bantu rakyat Semenyih,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: