HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 Februari 2019

Pas jangan rosakkan imej Islam - Anwar

Wan Syamsul Amly, Astro Awani
Pas jangan rosakkan imej Islam - Anwar
ANWAR: Pas merosakkan imej Islam atas nama parti Islam, imej Islam itu jadi rosak. - Gambar fail- Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
 

KUALA LUMPUR: Pas dinasihat untuk tidak membuat fitnah atau melakukan pembohongan dalam setiap langkah atau kenyataan politik mereka.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merosakkan imej Islam yang selama ini menjadi imej parti itu sendiri.

"Pas? Dia ni masalah Pas ini dia ada masalah RM90 juta, ambil wang UMNO, sekarang dia nak alih (isu).

"Saya hendak nasihat, orang Islam tidak boleh fitnah. Dia (Pas) boleh bohong, sekarang dia boleh fitnah dan kalau dia hendak guna politik untuk gelanggang fitnah dan bohong jangan guna nama Islam.

"Dia merosakkan imej Islam atas nama parti Islam, imej Islam itu jadi rosak. Orang bukan Islam kata, syeikh sekarang boleh bohong, syeikh sekarang boleh fitnah," katanya semasa sidang media selepas hadir ke Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parlimen Lembah Pantai di sini, pada Sabtu.

BACA: Pas sokong rasuah atas nama Islam - Anwar

BACA: 
Pas akan sokong Tun M jika berlaku pengkhianatan dalam PH - Takiyuddin

Sebelum ini, Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi mendakwa Anwar merupakan orang di belakang tabir yang mahu membuat undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen.

Kata Muhammad Khalil, ia berdasarkan reaksi Anwar yang marah ketika isu undi tidak percaya itu ditimbulkan oleh Pas.

Sebelum ini juga, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Dr Mahathir jika berlaku pengkhianatan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Tegasnya, Pas komited dalam mempertahankan agama, negara dan bangsa dari sebarang bentuk ancaman.

Dr Mahathir sebelum ini membuat kenyataan bahawa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana parti komponen PH yang melakukan pengkhianatan kepada negara.

Tiada ulasan: