HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Februari 2019

MCA: Kenapa isteri menteri hadir pada mesyuarat rasmi

MALAYSIAKINI

   

MCA mendakwa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membawa isterinya menghadiri mesyuarat rasmi negara di Beijing, China bulan lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua biro komunikasi dan diplomasi antarabangsa MCA, Tee Ching Seng, berkata isteri Loke dapat dilihat dalam gambar semasa pertemuan rasmi menteri itu dengan rakan sejawatannya, Li Xiaopeng.

Gambar itu disiarkan di laman Facebook Loke pada 26 Januari.

Walaupun kerajaan sekarang membenarkan isteri atau suami untuk menemani pasangan mereka dalam perjalanan rasmi yang tidak melebihi tujuh hari, kehadiran isteri atau suami menghadiri mesyuarat rasmi adalah perkara lain, kata Tee.

"Apakah kedudukan rasmi yang dipegang oleh isteri menteri itu (yang melayakkannya) menghadiri mesyuarat rasmi dengan kerajaan?" soalnya.

Malaysiakini telah menghubungi seorang pegawai Loke yang memaklumkan bahawa kenyataan rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Dakwaan Tee itu susulan hanatarn di Facebook yang dibuat oleh Loke selepas pertemuan dengan Li pada pertengahan bulan Januari.

Semasa pertemuan itu, Loke berkata beliau telah menjemput ahli perniagaan China untuk mengambil bahagian dalam projek pembesaran pelabuhan di Malaysia, khususnya Pelabuhan Klang.

Beliau juga menjemput pengusaha industri kereta api China untuk menjadikan Malaysia sebagai hub Asean kerana negara itu mempunyai ramai bakat dan rantaian bekalan yang diperlukan.

Mengenai penerbangan, Loke berkata beliau menggalakkan syarikat penerbangan dari kedua-dua negara untuk meningkatkan penerbangan dan menghubungkan Malaysia ke bandar-bandar kecil di China.

Beliau juga melobi China untuk menyokong bidaan Malaysia untuk menduduki kerusi di kedua-dua Pertubuhan Maritim Antarabangsa dan Majlis Penerbangan Awam Antarabangsa.


Tiada ulasan: