Beliau berkata, kaedah itu terbukti berjaya mengurangkan kesesakan lalu lintas pada masa puncak apabila pemandu mengubah kebiasaan perjalanan mereka bagi mengelak membayar tol.
Sim, seorang bekas jurutera awam yang juga merupakan timbalan menteri pertanian dan industri asas tani berkata, dasar sedemikian terbukti berjaya mengawal atau megurangkan kesesakan lebuh raya pada masa puncak di negara lain.
Beliau berkata, caj kesesakan akan menyebabkan pengguna lebuh raya mengubah kebiasaan mereka bagi menjimatkan wang, dan pada masa sama mengurangkan kesesakan pada waktu puncak.
Sim, yang mendakwa mempelajari bidang kejuruteraan pengangkutan untuk ijazah sarjananya berkata, beliau berasa pelik apabila bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, tidak bersetuju dengan langkah itu.
“Najib belajar ekonomi. Wee belajar kejuruteraan awam. Caj kesesakan adalah dasar yang mengaplikasikan ekonomi ke dalam perancangan pengangkutan.
“Mereka patut tahu tentang manfaat dasar kreatif sedemikian. Mungkin saya boleh memberikan mereka taklimat mengenai manfaat caj kesesakan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau.
Najib dan Wee berkata, bayaran tol masih berkuat kuasa pada masa puncak apabila pengguna pergi dan balik kerja.
Najib berkata, cadangan kerajaan mahu menghapusakan tol hanya dari jam 11 malam ke 5 pagi. Ini katanya membawa makna pemandu akan pergi dan balik kerja pada waktu-waktu tidak sihat.
Wee berkata, pemandu masih perlu membayar tol walaupun kerajaan berusaha “menjenamakan semula” bayaran tersebut.
Semalam, Putrajaya mengumumkan ia sedang dalam perundingan dengan Gamuda Bhd untuk menghapuskan di 4 lebuh raya, iaitu Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem PenyuraianTrafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Smart Tunnel.
Caj kesesakan itu dicadangkan untuk dikuatkuasakan selama 6 jam semasa waktu puncak harian.
Ia mencadangan bayaran penuh pada masa puncak, diskaun 30% pada masa biasa dan laluan percuma dari jam 11 malam hingga 5 pagi di semua lebuh raya terbabit.
Ahli Majlis Tettinggi PPBM, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata, Najib sepatutnya mengalu-alukan langkah kerajaan mahu megurangkan beban kos perjalanan rakyat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan