Dakwaan Malaysia diskriminasi pendatang tanpa izin tak tepat

KUALA LUMPUR – Polis memulakan siasatan berhubung laporan agensi berita antarabangsa Al Jezeera yang didakwa berniat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
Timbalan
Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP
Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menjalankan siasatan susulan
laporan yang dibuat Jabatan Imigresen di Balai Polis Presint 7
Putrajaya.
“Kita telah buka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Siasatan dijalankan polis kontinjen Kuala Lumpur.
Beliau
berkata, pihaknya turut menerima laporan yang dibuat oleh seorang wanita
berhubung isu sama di Putrajaya pada kira-kira 9 pagi tadi.
Mior
Faridalathrash berkata, pengadu membuat laporan selepas menonton video
dokumentari itu di laman YouTube dan keterangannya telah diambil
Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani COVID-19.
Tardahulu melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, laporan yang dikeluarkan agensi berita tersebut yang mendakwa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin adalah tidak tepat dan siasatan lanjut sedang dijalankan PDRM.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu agensi berita antarabangsa itu memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menyiarkan fakta tidak benar dan mengelirukan. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan