on
KUALA LUMPUR:
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Wahida Ahmed
berpuas hati dengan layanan kerajaan Malaysia terhadap warga Bangladesh
yang dikuarantin akibat COVID-19.
Menurutnya,
berdasarkan komunikasi bersama rakyatnya, Wahida memaklumkan bahawa
mereka yang dikuarantin juga berpendapat sebegitu.
“Kerajaan
Malaysia menyediakan fasiliti kuarantin kepada warga asing dan menjaga
mereka dengan baik termasuklah warga Bangladesh yang disahkan positif
COVID-19 dan kami sangat menghargai kerjasama daripada mereka.
“Ini
termasuklah dari aspek mereka membantu kami dalam urusan melawat
pesakit, mendapatkan informasi dan melawat warga Bangladesh dalam pusat
tahanan,” katanya.
Dalam
pada itu, mengulas kenyataan seorang rakyatnya seperti dilaporkan
Al-Jazeera yang mengkritik layanan kerajaan Malaysia, Wahida menegaskan
ia hanyalah kenyataan peribadi yang datang daripada seorang individu.
Hakikatnya, secara umum Malaysia dan Bangladesh mempunyai hubungan yang baik dan tahap kerjasama memuaskan.
“Bangladesh
dan Malaysia sangat selesa bekerja bersama. Kerjasama ini diteruskan
walaupun ketika tempoh COVID-19 di mana kita teruskan kerjasama dengan
rakyat Malaysia juga teruskan kerjasama dengan pekerja Bangladesh yang
bekerja di negara ini.
“Apa yang saya katakan ini bukan mewakili persepsi satu individu tapi persepsi secara keseluruhannya,” ujarnya.
Pada
Selasa, Jabatan Imigresen Malaysia meminta kerjasama orang awam untuk
menjejak seorang warga Bangladesh bagi membantu siasatan di bawah Akta
Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Individu
tersebut, Md Rayhan Kabir, berusia 25 tahun dan dikesan di alamat
terakhir di Sirhan Legacy, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.
Rayhan
sebelum ini terbabit dalam laporan dokumentari terbitan Al Jazeera
bertajuk 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' dan mendakwa wujud
diskriminasi dalam cara Malaysia mengendali kes COVID-19 membabitkan
warga asing.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan