HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 Ogos 2020

Arafat ibarat ‘tin kosong’ di Perak – Nor Hizwan

Wartawan MalaysiaGazette
49459169d9e026a9d77fa5a34c1de790-681x409
Muhamad Arafat Varisai Mahamad.

KUALA LUMPUR  – Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menyifatkan Ketua Penerangan PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad yang sempat dikenalinya dalam dalam tempoh singkat lalu merupakan seorang manusia yang gemar mereka-reka cerita.

Beliau seolah-olah berada dalam alamnya tersendiri, kata Nor Hizwan Ahmad.

Menurutnya, Arafat juga adalah satu lagi ‘tong kosong’ PKR khususnya di Perak dan ditambah sudut hal kerja dan prestasinya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta yang entah ke mana.

“Awal tahun dahulu beliau membayangkan dirinya ditawarkan jawatan Exco jika bersetuju menyertai Perikatan Nasional dan kini kononnya dia dihubungi rakan-rakan lama yang ingin kembali kepada PKR.

“Oleh itu apabila kenyataannya yang dipetik petang semalam berkata kononnya kem Azmin kini panik apabila Presiden UMNO membayangkan untuk tidak menyertai gagasan Perikatan Nasional , saya tidak dapat menahan ketawa.

“Hakikatnya YB Arafat sendiri yang menggelabah dan panik teruk kerana menyedari PKR semakin ditolak rakyat dan dalam keadaan perpecahan teruk yang melanda pembangkang ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Arafat yang mendakwa bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya mula berasa panik selepas pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Nor Hizwan menambah, dengan sifir mudah dan agar beliau dan pimpinan PKR bangkit daripada lena panjang mereka, beliau mencadangkan agar Arafat mendesak PKR bertanding dan meletakkan calon dalam PRK DUN Slim nanti.

Ini kerana tegas belia, dari situ arkyat akan dapat menilai kekuatan, cita-cita, masa depan dan mengukur sokongan rakyat kepada PKR masa kini.

“Umum mengetahui bahawa yang dikatakan kem Azmin atau Zuraida inilah yang suatu ketika dahulu bergerak memimpin dari akar umbi PKR. Kem inilah merupakan tunggak kekuatan PKR.

“Dari Timbalan Presiden yang bekerja, Naib Presiden yang disokong anggota parti sehinggalah pimpinan akar umbi yang sentiasa menyantuni rakyat. Nyawa, denyut nadi dan kekuatan PKR itu kini sudah meninggalkn PKR. Ia sudah dicabut dan parti itu kini nyawa-nyawa ikan.

“Yang panik ialah PKR sendiri. Mereka menggagau tidak ketahuan punca. Seolah tak tahu mahu bermula di mana dalam mengemudi saki baki sokongan yang ada. Pimpinannya masih dalam khayalan dan lena dengan mimpi semalam. Masih fikir mereka di tampuk kuasa.

“Oleh itu, ayuh PKR Perak kita bertarung di medan rakyat!,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: