KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan Shahril
tidak seharusnya melemparkan kata-kata kurang manis kepada seorang
pemimpin kanan negeri berautonomi seperti Sabah, tegas Wan Ahmada
Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Calon Ketua Armada Nasional itu menjelaskan, Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah merupakan sebuah blok besar
dalam politik tanah air yang berhak melakukan perancangan mereka sendiri
sebelum memulakan perbincangan lanjut dengan pimpinan pusat dan
rakan-rakan sekutu.
Ketua Bahagian Bersatu Titiwangsa itu berkata, sayap
parti menghormati autonomi Sabah dan peranan yang dimainkan oleh Bersatu
negeri itu
“Adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak memberikan
komen, terutamanya jika ia hanya mengeruhkan keadaan. Sebagai orang
Melayu, kita utamakan setiakawan.
“Jangan bawa cara politik lama Semenanjung ke Sabah.
Belajarlah daripada keangkuhan DAP yang membawa kepada kejatuhan
kerajaan terdahulu.
“Para penggerak Armada khususnya di Sabah akan terus
menyokong apa juga keputusan pucuk pimpinan dan menggerakkan jentera
anak muda demi kemenangan Bersatu dan kejayaan kerajaan di bawah
pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam satu kenyataan di
Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Shahril
supaya Bersatu Sabah berunding terlebih dahulu dengan UMNO mengenai
kerusi yang akan ditandingi dalam PRN sebelum membuat pengumuman.
Shahril dilaporkan mendakwa UMNO mempunyai cita-cita
berlandaskan kekuatan parti dalam menjayakan agenda rakyat Sabah, namun
ia disulami kebijaksanaan dengan menghormati proses perundingan.
Wan Ahmad Fayhsal yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata,
adalah sebuah parti yang menjunjung demokrasi dan sentiasa hormati hak
bersuara sesiapa sahaja dan raikan perbezaan pandangan. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan