HALAMAN SANTAI

Khamis, 13 Ogos 2020

Pejuang semakin dapat perhatian - Tun M

Rosman Shamsudin dan Noor Hidayah Tanzizi
 
DR Mahathir (dua dari kanan) menyerahkan watikah pelantikan kepada Amir Khusyairi. FOTO SHARUL HAFIZ ZAM

BEKAS Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) , Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa parti baharu yang ditubuhkan iaitu Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) sudah mula mendapat perhatian rakyat di negara ini.

Beliau berkata, berikutan orang ramai meminta untuk menjadi ahli menyebabkan beliau berhasrat membesarkan lagi parti Pejuang.

Katanya, Pejuang ditubuhkan untuk membersihkan negara daripada rasuah dan politik wang yang sudah mula menghancurkan agama, bangsa dan negara.

"Parti ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia terutama bagi orang Melayu yang mahu memperjuangkan dan membenteras rasuah serta politik wang.

"Parti ini perlu bersih daripada rasuah dan politik wang serta mereka yang telah meninggalkan Bersatu mempunyai masa depan cerah untuk sertai Pejuang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas memperkenalkan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang bertanding atas tiket Bebas mewakili Pejuang di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (Dun) Slim di Slim River, malam ini.

Tiada ulasan: