HALAMAN SANTAI

Selasa, 11 Ogos 2020

Pemimpin PN perlu henti ‘politik gaya lama’, selepas video surat sokongan

 

Calon ketua Pemuda PPBM, Wan Ahmad Fayhsal dikritik pelbagai pihak selepas 
satu klip video menunjukkan beliau didakwa menawarkan surat sokongan untuk 
mendapatkan undi.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan menggesa pemimpin Perikatan Nasional berhenti membawa masalah kepada diri dengan mengamalkan “politik gaya lama”.

Beliau berkata demikian susulan kontroversi membabitkan seorang pemimpin Pemuda PPBM yang didakwa menawarkan surat sokongan untuk mendapatkan undi dalam pemilihan parti.

Shahril Hamdan

“Tidak mungkin surat sokongan sebagai ganti untuk sokongan politik adalah okey. Ini betul untuk semua pihak, Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional.”

Shahril berkata, pemimpin muda perlu menunjukkan ketika mereka berkuasa, mereka tidak meneruskan “tradisi” yang membuatkan pengundi sinis dan benci ahli politik.

Wan Ahmad Fayhsal Ahmad Kamal daripada PPBM, yang merupakan calon ketua Pemuda, dikritik pelbagai pihak selepas satu rakaman video menunjukkan beliau didakwa menawarkan surat sokongan untuk mendapatkan undi.

Wan Ahmad Fayhshal ialah timbalan menteri belia dan sukan.

Cynthia Gabriel

Laporan mengenai video itu mendorong Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa Putrajaya menjelaskan agenda anti-rasuahnya.

Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel berkata kerajaan perlu berbuat demikian kecuali ia mahu dilihat “sekadar janji di bibir” ke arah membendung rasuah.

“Adalah jelas PPBM mempunyai pemimpin yang tidak menghormati gesaan perdana menteri mereka untuk mengutamakan agenda anti-rasuah.”

Beliau menggesa orang ramai meneliti ahli politik yang bertanding dalam pemilihan dan “menyingkirkan mereka yang menggunakan jawatan bagi menyalahgunakan dana awam serta menjadikan diri kaya”.

Tiada ulasan: