HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Ogos 2020

PRK Slim peluang pengundi betulkan ‘kesilapan’ PRU-14, kata PAS Kelantan

Setiausaha PAS Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi, di program di Kampung
Changkat Sulaiman hari ini atas kapasiti timbalan menteri pertanian dan 
industri makanan II. (Gambar Bernama)

TANJUNG MALIM: Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim pada 29 Ogos berpeluang mewakili rakyat untuk membetulkan kesilapan memilih Pakatan Harapan (PH) ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Setiausaha PAS Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi berkata dengan memberikan kemenangan besar kepada calon Barisan Nasional (BN), ia menyampaikan mesej jelas rakyat tidak lagi menyokong PH.

“Ia akan menghantar mesej yang jelas kepada pemimpin politik khususnya pembangkang yang masih merasakan mereka ada sokongan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program di Kampung Changkat Sulaiman hari ini.

Che Abdullah turut memohon pengundi mempertimbang kekuatan parti yang diwakili calon dan bukannya bersandarkan kebolehan calon semata-mata, kerana parti politik yang mampu menterjemah pendirian calon terbabit.

PRK DUN Slim akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara calon BN, Mohd Zaidi Aziz, 43, dan 2 calon Bebas iaitu S Santhasekaran, 44, dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang).

Tiada ulasan: