HALAMAN SANTAI

Isnin, 10 Ogos 2020

Redzuan: Jawatan pengerusi Bersatu mungkin dimansuhkan

Malaysiakini

Jawatan pengerusi yang sebelum ini disandang oleh Dr Mahathir Mohamad mungkin akan dimansuhkan daripada struktur Bersatu, menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu (MPT) Mohd Redzuan Md Yusof.

Redzuan membayangkan sepatutnya hanya ada seorang pemimpin tertinggi dalam parti itu.

"Ya, Insya-Allah (jawatan pengerusi akan ditiadakan) sebab kita sudah nampak masalahnya.

"Kapal perlu ada seorang nakhoda saja (there must be one captain in a ship). Jawatan itu akan dilupuskan," katanya ketika sidang media di Parlimen, hari ini.

Dia menjawab soalan pemberita berhubung sama ada jawatan tersebut akan dilupuskan atau tidak, sewaktu mengulas konflik antara Mahathir dengan presiden Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Tiada ulasan: