HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Ogos 2020

Siapa kepalainya tak penting, janji BN menang di Sabah – Tok Mat

Mohammad Arif Nizam
MGF21082020_TOKMAD-CALON-BN-WALKABOUT01-681x454
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama 
calon Barisan Nasional (BN) ,Mohd Zaidi Aziz beramah mesra 
dengan sebahagian penduduk semasa sesi walkabout sempena 
kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 sekitar kawasan Pekan 
Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI

SLIM RIVER – Pemimpin mana yang mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah tidak penting, tegas timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Jelas beliau, yang menjadi keutamaan adalah BN sekarang ialah perlu menang dalam PRN itu dan kembali menjadi kerajaan negeri.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO itu berkata, semua pemimpin bahagian parti di negeri itu perlu menerima keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah dibuat sekaligus mewakili parti.

“Itu keputusan parti dan presiden bila bercakap atas asas parti. Berunding elok-elok dan semua kena menerima bahawa itu keputusan yang dibuat parti dan diputus oleh presiden.

“Kita harap semua terima dan siapa sahaja yang mengepalainya, itu tidak penting. Yang penting dalam pilihan raya kita hendak menang.

“Saya harap jangan berpecah-pecah dan bersengketa. Satukan tumpuan untuk cari jalan macam mana kita hendak gerak jentera kerana amat penting untuk menang dalam pilihan raya untuk tubugh kerajaan,” katanya.

MGF21082020_TOKMAD-CALON-BN-WALKABOUT09
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama 
calon Barisan Nasional (BN) ,Mohd Zaidi Aziz beramah mesra 
dengan sebahagian penduduk semasa sesi walkabout sempena 
kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 sekitar kawasan 
Pekan Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program santai minum pagi bersama penduduk di Medan Arked Mara di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pendiriannya berhubung tindakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan 12 bahagian UMNO Sabah yang tidak berpuas hati terhadap pemilihan Datuk Bung Moktar Radin untuk mengetuai parti itu, baru-baru ini.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau berkata, sekiranya parti memilih siapa sekalipun, kaedahnya juga sama.

Jika pemimpin parti faham jelasnya, keutamaan adalah BN mesti menang dalam PRN Sabah.

“Untuk menang di Sabah bukan perkara mudah kerana kita akan berhadapan kerajaan sedia ada yang memiliki kelebihan macam-macam.

“Kerajaan Warisan akan guna kekuatan yang ada untuk mempertahan kerajaan dan BN pula perlu bekerja kuat agar rakyat dan pengundi memberi kemenangan kepada kita,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: