HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Ogos 2020

Pas sertai PN: Janji tiada pertandingan 3 penjuru – Tok Mat

Mohammad Arif Nizam
MGF21082020_TOKMAD-CALON-BN-WALKABOUT14-681x454
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan 
bercakap pada sidang media selepas sesi walkabout bersama 
calon Barisan Nasional (BN) ,Mohd Zaidi Aziz sempena 
kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 sekitar kawasan 
Pekan Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI,

SLIM RIVER – Keputusan Pas yang akan menyertai Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu tidak memberi masalah kepada UMNO.

Timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana dalam Muafakat Nasional (MN), piagamnya tidak mengikat kedua-dua parti  berkenaan.

Apatah lagi kata beliau, MN belum lagi lagi didaftarkan sebagai badan rasmi yang kini berteraskan kerjasama antara dua parti Melayu dan Islam itu.

“Pas sertai PN tiada apa-apa isu sebab Pas adalah parti Pas. Dalam MN kita tiada yang mengikat, jadi Pas boleh buat dalam PN dan siapa-siapa sahaja sebab MN pun bukan badan yang didaftarkan lagi. Kita dalam piagam tersebut adalah bekerjasama.

“Jika hendak daftar boleh, tidak daftar boleh. Yang penting di peringkat perpecahan Melayu antara dua parti terbesar, UMNO dan dan Pas dapat bekersama pun alhamdulillah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program santai minum pagi bersama penduduk di Medan Arked Mara di sini hari ini.

MGF21082020_TOKMAD-CALON-BN-WALKABOUT07
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama 
calon Barisan Nasional (BN) ,Mohd Zaidi Aziz berswafoto 
dengan peniaga medan selera semasa sesi walkabout sempena 
kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 sekitar kawasan 
Pekan Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI,

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini yang menjelaskan pendirian parti itu terhadap PN apabila berkata, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan menyertai perikatan tersebut bersama Bersatu.

Mohamad menambah, hasrat utama MN adalah agar orang Melayu jangan terlalu berpecah kepada banyak kumpulan yang akhirnya merugikan bangsa itu sendiri.

“Pas hendak kerjasama dengan parti mana tiada isu, UMNO telah buat pendirian tidak akan sertai PN dan Pas hormati pendirian dan kita hormati Pas.

“Saya harap orang tidak keliru kerana dalam kerajaan PN atau MN, sama-sama bekerjasama. Yang penting esok dalam PRU, kita cuba elak seboleh mungkin pertandingan tiga penjuru.

“Kalau ada (pertandingan), kita kalah, yang menang PH,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau. – MalaysiaGazette

MGF21082020_TOKMAD-CALON-BN-WALKABOUT03 

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama calon Barisan Nasional (BN) ,Mohd Zaidi Aziz beramah mesra dengan sebahagian penduduk semasa sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 sekitar kawasan Pekan Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI,

 

Tiada ulasan: