HALAMAN SANTAI

Isnin, 10 Ogos 2020

Tak berasas, kata Guan Eng berhubung tuduhan rasuah ke-2

 Predeep Nambiar

Bekas ketua mnteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bercakap kepada pemberita 
di pusat khidmat Parlimen beliau di Kampung Gajah hari ini.

BUTTERWORTH: Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menolak tuduhan rasuah RM3.3 juta ke atas beliau dengan menyifatkannya sebagai tidak berasas dan bermotif politik

Katanya, beliau tidak pernah menerima wang itu, maupun mempunyai wang sedemikian dalam akaun banknya atau secara tunai.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah meminta bukti bahawa wang berkenaan ditemui dalam akaun saya atau secara tunai dimiliki oleh saya,” katanya pada sidang media di pusat khidmat Parlimennya di Kampung Gajah di sini.

“Di manakah wang yang saya didakwa ambil itu? Ia tuduhan yang tak berasas.”

Terdahulu hari ini Lim memohon dibicarakan berhubung pertuduhan penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan antara 2011 dan 2017.

Beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk meminta suapan sebanyak RM3.3 juta daripada Zarul Ahmad Mohd Zulkifli bagi memastikan projek pembinaan terowong dasar laut dan jalan di Pulau Pinang diberikan kepada syarikat milik Zarul.

Pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga 5 kali ganda jumlah suapan jika sabit kesalahan.

Jumaat lepas Lim didakwa meminta upah sebanyak 10% daripada keuntungan projek tersebut.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di The Gardens Hotel di Kuala Lumpur pada Mac 2011.

Tiada ulasan: