HALAMAN SANTAI

Selasa, 15 September 2020

Hujan lebat jejas kempen calon PRN Sabah

Penganjur kemudiannya membatalkan ceramah itu dengan Chong yang juga calon LDP di DUN Inanam beredar kira-kira 9.30 malam.

Chong yang juga presiden kehormat seumur hidup LDP, berkata tujuan beliau ke kampung itu untuk menjelaskan hala tuju dan perjuangan parti berkenaan.

“Saya pernah ke sini 20 tahun lalu, ketika itu saya sebagai menteri pelancongan hadir merasmikan taman orkid dan kemudian kerajaan membina jalan raya di sini.

“Bagaimanapun, selepas 20 tahun, saya melihat kampung ini tidak banyak berubah, kemudahan asasnya juga kurang, seperti jalan raya dan air paip bersih. Bayangkan kampung yang terletak di bandar raya, tetapi tidak mempunyai bekalan air bersih.”

Beliau berkata, penduduk kampung turut mengadu kerap berlaku banjir kilat setiap kali hujan lebat.

“Macam sekarang ini, kalau hujan berterusan selama 2 jam, air akan naik.”

Sementara itu, di Penampang, calon MCA di DUN Kepayan, Lu Yen Tung juga terpaksa menghentikan program bertemu pengundi di sekitar pekan Donggongon malam tadi.

Ketua MCA Sabah itu sepatutnya menemui pengundi pada 7 malam.

Sebuah lagi program calon Warisan Plus di Balai Raya Kampung Kolam di Bukit Padang, dekat sini, yang turut dihadiri Presiden Upko, Wilfred Madius Tangau, terpaksa ditunda kira-kira 40 minit akibat cuaca buruk.

PBS turut membatalkan sebuah program di Pulau Gaya yang dijadualkan berlangsung pagi ini.

“Kerana faktor cuaca dan keselamatan, pihak kami terpaksa menangguhkan lawatan calon PBS di DUN Tanjung Aru, Louis Lai ke Pulau Gaya dan Lobong esok,” kata eksekutif perhubungan media parti itu, Sandra Sokial ketika dihubungi.

Semalam, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat dijangka berlaku sehingga Rabu ini di beberapa kawasan, termasuk pedalaman Kuala Penyu dan Beaufort, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat dan Labuan.

Tiada ulasan: