HALAMAN SANTAI

Isnin, 14 September 2020

Husam nafi lepas jawatan dalam Amanah

MalaysiaGazette
MGF03112019_CERAMAH-KELOMPOK-PH10-681x454
Husam Musa

KUALA LUMPUR – Datuk Husam Musa menafikan khabar angin bahawa beliau telah melepaskan jawatannya sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan.

Melalui sebuah portal, Husam telah telah menolak laporan The Malaysian Insight.

“Tidak betul,” katanya pada FMT.

Sebelum ini, Husam didakwa melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden Amanah kerana dikatakan tidak senang terhadap kepimpinan Mohamad Sabu.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan itu dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya dua minggu lalu.

Menurut sumber kepada sebuah portal, Husam mendakwa Mohamad atau Mat Sabu dilihat tidak sepenuh hati dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga tidak pada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

”Macam pagi ini beliau (sokong) Anwar petangnya pula (sokong) Dr Mahathir. Malamnya pula sokong Anwar dan tiba-tiba esok pagi pergi balik kepada Dr Mahathir,” menurut sumber yang dipetik oleh portal berkenaan.

Mat Sabu disifatkan sangat lemah sehingga tidak ada pendirian.

”Beliau nak pujuk Anwar, pada masa sama nak ikut Dr Mahathir,” kata sumber itu lagi.

Malah, katanya, sejak parti itu ditubuhkan, tiada pun mesyuarat biro politik.

”Yang dipanggil mesyuarat Amanah pusat itu macam mesyuarat parti kawasan… bincang hal seperti duit ada berapa, aktiviti, program, itu saja.
“Husam juga melihat Mat Sabu bukan pemimpin strategis tapi hanya ikut arus dan keadaan.

”Mat Sabu merasakan pengundi Cina adalah segalanya sebab itu apabila ada pergolakan berlaku dalam Amanah beliau tak rujuk dekat kawan dalam parti tapi rujuk pada DAP, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Anthony Loke,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: