HALAMAN SANTAI

Ahad, 20 September 2020

Rakyat Sabah Berdepan ‘Pandemik Warisan’, Kerajaan Negeri yang Gagal – Shahril

UMNO ONLINE

 

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah dilihat berdepan dengan ‘pandemik warisan’ setelah gagalnya kerajaan negeri ditunjangi Parti Warisan yang sebelum ini kononnya dianggap sebagai parti tempatan dan membela nasib rakyat di Sabah.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata keadaan menjadi sebaliknya setelah mereka membentuk kerajaan negeri walaupun tidak memenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu apabila ratusan ribu mereka yang menganggur selain pelbagai perkara lain yang akhirnya menyebabkan rakyat menerima tempiasnya.

Menurut beliau sebagai contoh janji mereka kepada orang muda kononnya bahawa puluhan ribu peluang pekerjaan akan diwujudkan dan golongan berkenaan tidak perlu berhijrah ke Semenanjung tidak berlaku tidak sepertimana yang dijanjikan.

‘’Saya nak sebutkan satu janji yang mereka jaja sebelum PRU-14, mereka janjikan puluhan ribu peluang pekerjaan untuk orang muda… mereka kata orang muda tidak perlu lagi berhijrah ke Semenanjung apabila dibawa ke Sabah pembangunan namun akhirnya bukan sahaja peluang pekerjaan tidak tercipta tetapi berlaku pula pengangguran di negeri tersebut.

‘’Waktu Barisan Nasional (BN) memerintah ada banyak pembangunan… sebab itu BN bawa projek seperti Pan Borneo yang mewujudkan 400 000 peluang pekerjaan kepada orang Sabah dan orang Sarawak. Orang Sarawak pun perlu dibantu. Jadi katakanlah ratusan ribu peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah melalui Pan Borneo sahaja.

‘’Ada juga program dan projek lebih kecil dan mesra kepada rakyat. Contoh program ladang-ladang PPRT yang diperkenalkan oleh Tan Sri Musa Aman, program mini estet sejahtera nak bangunkan estet-estet kecil untuk rakyat Sabah di luar bandar, ada projek program-program pembangunan kecil yang dibawa oleh BN… jadi ada projek yang besar ada projek yang bersasar. Kedua-duanya untuk meningkatkan ekonomi rakyat Sabah tanpa mengira agama, bangsa, kaum, tanpa kira latar belakang dan itu yang BN bawa.

‘’Apabila Warisan parti Sabah yang kononnya lahir daripada Sabah datang apa jadi…? Dulu waktu BN perintah tahun 2017 sebelum PRU-14 KDNK Sabah, ekonomi Sabah meningkat 8.5 peratus jauh lebih tinggi daripada negeri-negeri lain…datang parti yang konon lahir dari Sabah nak memajukan Sabah tahun 2018  ekonomi Sabah jatuh 1.5.peratus. 2019 sebelum Warisan sendiri jatuh angkanya 0.5 peratus,’’ katanya.

Katanya lagi bermakna selama dua tahun berturut-turut Warisan terbukti tidak boleh mentadbir negeri dan membangunkan ekonomi untuk rakyat Sabah dan ini adalah hakikat serta fakta yang membuktikan BN ada pelan dan pelan itu telah membawa kepada fakta dan angka yang membangunkan negeri Sabah.

Tetapi tambah Shahril lagi di bawah Warisan yang nak jadi hero untuk rakyat Sabah kononnya, mereka gagal- segagalnya setelah ekonomi tidak bertumbuh selain janji-janji pun tidak ditunaikan.

Shahril berkatan demikian ketika berucap pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bersama Presiden MCAS, Datuk Dr Wee Ka Siong serta pimpinan Sabah yang lain di PDM Kapayang dalam usaha membantu calon BN DUN Kapayan, Lee Yun Tung.

Shahril turut menyorot bagaimana janji yang tidak memerlukan perbelanjaan pun tidak ditunaikan oleh kerajaan yang dipimpin Warisan setelah mereka tidak mengotakan janji sebelum PRU yang lalu bahawa tidak akan ada ketua menteri yang akan menjadi menteri kewangan.

‘’Bukan hanya janji ekonomi dan peluang pekerjaan tidak boleh ditunaikan, janji-janji lain yang tidak ada kena mengena dengan duit  dan untuk ekonomi pun dia tidak boleh tunai. Contohnya paling senang mereka kata bawah kerajaan Warisan ini tidak ada lagi Ketua Menteri jadi Menteri Kewangan… kononnya tidak mahu memusatkan kuasa kepada ketua Menteri.

‘’Tetapi apa jadi tidak berapa lama selepas menjadi ketua menteri… akhirnya yang jadi ….Datuk Seri Shafie Apdal juga. Jadi janji yang tidak ada kena mengena dengan perbelanjaan pun mereka tidak boleh tunaikan… apatah lagi janji yang memerlukan kebijaksanaan dan pentadbiran yang baik dan yang memerlukan visi yang elok. Sebab itulah jangan percaya dengan apa janji mereka sekarang ini.

‘’Rakyat sabah takkan tertipu kali kedua… hakikat 118 000 menganggur. Dan untuk menutup kelemahan mereka mainlah sentimen tertentu… antaranya bilboard besar ‘unity’… ’unity’ apa kalau menghasut orang Sabah kata UMNO parti Malaya… Malaya kita tidak pakai dan kita semua rakyat Malaysia. Kita tidak main kenegerian yang menebal. Saya sendiri daripada UMNO tolong calon MCA dan begitu juga pimpinan yang lain dan inilah ‘unity’ yang sebenar.Kitalah parti lambang dacing yang memaparkan erti perpaduan sebenar.,’’ ujarnya.- UMNO Online

Tiada ulasan: