HALAMAN SANTAI

Ahad, 20 September 2020

Warisan Janji Bulan Bintang… Tapi Bulan Tidak Timbul, Bintang Entah Kemana… – Aslan Fadli

UMNO ONLINE


KALABAKAN– “Sebelum mencapai kemenangan Parti Warisan berjanji bulan bintang tapi ternyata apabila menang bulan tidak timbul dan bintang hilang entah kemana.”

Demikian tegas Ketua Pemuda UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Samsul Alang yang membidas sikap Parti Warisan lantaran mengabaikan macam-macam janji kepada rakyat.

“Mereka janji pada kita macam-macam tapi langsung tidak ada yang ditunaikan sedangkan dulu kata kalau menang suara orang muda akan dengar, janji hapus PTPTN untuk orang muda, nak beri peluang pekerjaan tapi yang ada golongan muda hilang pekerjaan,” katanya dalam ucapan kepada jentera dan pengundi muda di Pusat Operasi BN Kalabakan.

Ujarnya, rakyat khususnya golongan muda telah sedar bahawa hanya BN yang mampu membela nasib mereka lantaran perbandingan yang telah dibuat.

“Kita jentera Pemuda Kalabakan ini paling setia dengan BN. Di waktu kekalahan UMNO mereka ini tetap pertahan parti dan tidak melompat, mereka ini tetap akan radu sampai rata… dan kini mereka ini semuanya bertungkus-lumus untuk menangkan calon BN Kalabakan iaitu di DUN Kukusan dan di DUN Tanjung Batu.

“Kita semua Pemuda bersatu hati kerana kita mahu BN berkerajaan semula di Sabah. Pemuda Kalabakan akan tetap radu walau siapa pun parti lawan,” tegasnya lagi.

SPR menetapkan 26 Sept sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pada 22 Sept.

Sebanyak 1.12 juta pengundi layak memilih pada pilihan raya mengejut itu.

PRN Sabah diadakan susulan pembubaran DUN yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai lepas, sehari selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri. – UMNO Online

Tiada ulasan: