on

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku Lim Yi Wei hari ini mengesahkan beliau positif Covid-19.
Lim
berkata, beliau menyeru semua pihak yang mempunyai kontak rapat
dengannya segera menjalani ujian saringan di klinik kesihatan
berhampiran.
“Saya mohon maaf kepada semua
kakitangan Kementerian Kesihatan, sahabat perjuangan dan semua yang
terkesan walaupun semua langkah berjaga-jaga dipatuhi semasa berkempen
dan pengasingan kendiri sejak hari pertama,” katanya dalam kenyataan
hari ini.
Katanya, sebaik tiba dari Sabah pada 27
September lalu beliau sudah menjalani ujian saringan pertama di klia2
dan turut dipakaikan gelang merah jambu.
Menurutnya, sejak itu beliau sudah mengamalkan pengasingan kendiri di rumah.
“Pada
30 September, saya menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling
Jaya untuk mengetahui keputusan saya. Keputusan ujian saringan pertama
saya negatif dan saya dipanggil untuk menanggalkan gelang merah jambu
saya keesokan harinya.
“Malangnya, saya mula mengalami gejala
berkaitan Covid-19 pada hari tersebut. Berdasarkan saranan PKD, saya
menjalankan ujian saringan ke-2 pada 2 Oktober dan sambung pengasingan
kendiri sehingga saya dimaklumkan keputusannya daripada PKD pada hari
ini,” katanya.
Lim berkata, pasukannya juga
sudah mengamalkan pengasingan kendiri sejak hari pertama pulang dari
Sabah dan turut menjalani saringan pertama yang mana keputusannya adalah
negatif.
“Mereka juga akan menjalani ujian saringan buat kali ke-2 dalam waktu terdekat,” katanya. – FMT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan