Dr Kamarul Yusuff
DALAM tulisan beliau bertajuk ‘Apakah hari-hari Muhyiddin akan berakhir?’
(‘Muhyiddin days numbered?’), Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang,
Dr P Ramasamy, menulis begini:
“Anwar telah tidak diberikan peluang saksama untuk membuktikan majoriti ini di
hadapan Yang di-Pertuan Agong…”
(“Anwar has not been given the fair opportunity to prove this majority
before the Yang di-Pertuan Agong…”)
Bukankah Yang di-Pertuan Agong telah memberikan peluang seluas-luasnya untuk
Datuk Seri Anwar membuktikan majoriti ini sewaktu majlis mengadap beliau pada
13 Oktober lalu?
Bukankah, mengikut Istana Negara, Datuk Seri Anwar sendiri yang memilih untuk
hanya mengemukakan jumlah tetapi tidak senarai nama Ahli-ahli Parlimen yang
menyokong beliau?
Bukankah, mengikut pelbagai tulisan yang disebar oleh para penyokong beliau,
Datuk Seri Anwar sengaja tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Parlimen
tersebut sebagai satu strategi?
Mengapa pula DAP kini kelihatan mula menyalahkan Yang di-Pertuan Agong kerana
kononnya telah tidak memberikan peluang saksama untuk Datuk Seri Anwar
membuktikan majoriti ini?
Tulisan Dr P Ramasamy boleh dibaca di
sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan