on

PETALING
JAYA: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun hari ini
mengemukakan pemberitahuan kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) memaklumkan kekosongan Parlimen Batu Sapi, ekoran kematian
penyandangnya, Liew Vui Keong dari Warisan, pada 2 Okt.
“SPR
hendaklah mengisi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Kawasan P185
Batu Sapi, Sabah dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan SPR bahawa
ada kekosongan,” katanya dalam kenyataan.
Liew menawan Batu Sapi pada pilihan raya umum
2018 dalam pertandingan 4 penjuru, dengan majoriti 4,619 undi untuk
menewaskan pencabar dari BN, Amanah, dan PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan