Idrus
Harun, seorang bekas hakim yang diakui wibawanya dalam bidang
perundangan, telah membuat keputusan sedemikian kerana tiada arahan
bertulis dari penguatkuasa supaya Menteri terbabit dikuarantin 14 hari.
Khairuddin telah pun diuji negatif Covid-19 ketika menjalankan tugas. Selain itu, Khairuddin telah pun dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM1000.00 atas pelanggaran tersebut,
(kompaun tidak memerlukan sebarang bukti kesalahan kecuali dicabar di mahkamah)
Sebaliknya semasa PH mereka telah melantik Peguam Negara, Thommy Thomas, yang dilihat mempunyai kecenderungan politik DAP.
Pejabat Peguam Negara ketika itu tanpa segan silu dan alasan yang munasabah telah menarik semula pendakwaan ke atas Lim Guan Eng yang sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah berjuta ringgit.
Tidak kurang 17 kes lain membabitkan kepentingan politik PH telah ditarik balik, digugurkan dan diklasifikasi sebagai tiada pendakwaan.
Di mana PH dan Syed Saddiq ketika itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan