on

Kuala
Lumpur: Polis akan memanggil pengasas produk kecantikan menggunakan
akaun Facebook (FB) atas nama Nor Shahadah Aisyah atau Cik Non susulan
kenyataan dimuat naik di laman sosial FB miliknya menghina rakyat Sabah
sebagai penyebab Covid-19 meningkat.
Timbalan
Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit
Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas
siasatan sebelum ini sudah dibuka dan pihaknya akan memanggil individu
terbabit dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b)
Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998," katanya ketika
dihubungi tadi.
Harian Metro sebelum ini
melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan ke atas Cik Non susulan
kenyataan dimuat naik di laman sosial FB miliknya didakwa menghina
rakyat Sabah sebagai penyebab Covid-19 meningkat.
Terdahulu, Cik Non didakwa menghina orang
Sabah dengan menggelar diri mereka 'bodoh' dan rakyat Sabah miskin, muka
macam jamban selepas tidak berpuas hati dengan peningkatan kes
Covid-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan