HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Oktober 2020

Musuh tidak berjaya pecahkan MN

DATO’ DR MAHFODZ MOHAMED
 

SIDANG Assabiqun  PAS menzahirkan rasa syukur dan lega yang amat sangat  dengan langkah yang diambil oleh kedua-dua pemimpin tertinggi Parti Umno dan PAS yang memutuskan untuk terus mengukuhkan Muafakat Nasional (MN)dengan mendaftarkan MN secara rasmi dengan ROS.

Sesungguhnya dengan mendaftarkan MN mencerminkan komitmen yang tinggi kedua-dua parti Melayu-Islam yang terbesar di Malaysia ini untuk memartabatkan perjuangan membela agama, bangsa dan negara sepertimana yang termeterai dalam piagam MN.

Sidang Assabiqun PAS yakin dan percaya dengan keputusan yang dicapai bersama itu membuktikan kepada musuh politik bahawa mereka tidak akan berjaya untuk memecah belahkan perpaduan antara Umno dan PAS. Dalam masa yang sama kedua-dua parti akan terus berta’awun lebih akrab lagi demi mengukuhkan ukhuwah Islamiyah dan memantapkan jentera pilihan raya. Semoga MN dan kumpulan yang sealiran dengannya dapat mencapai kejayaan dalam PRU15 akan datang.

* Ybgh DATO’ DR MAHFODZ MOHAMED
Pengerusi Sidang Assabiqun PAS
 – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: