Kuala
Lumpur – Sebarang kerjasama politik yang dibentuk harus dengan ada
keikhlasan bukannya mendabik dada paling kuat dan paling bersih.
Menurut
Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin
pembentukan kabinet Malaysia tempoh hari jelas dibuat dengan bertujuan
untuk mengukuhkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PBBM) dan melemahkan
UMNO.
“Kita terima seadanya demi kepentingan
agama, bangsa dan negara. Dalam situasi politik pasca PRN Sabah juga
sekali lagi keikhlasan itu tidak ada.
“Bukan sahaja jawatan Ketua Menteri diambil
Perikatan Nasional, malah persetujuan awal pembahagian potfolio Menteri
juga ubah sesuka hati.
“Apakah satu keikhlasan
jika UMNO Sabah terpaksa menunjukkan protes terbuka sebelum PN mengubah
semula susunan Kabinet Sabah mengikut persetujuan awal?,” soalnya
melalui satu kenyataan kepada SuaraTV sebentar tadi.
Menurutnya
lagi Perikatan Nasional (PN) disarankan untuk segera menamatkan
kerjasama politik bersama Barisan Nasional (BN) / UMNO sekiranya ia
dilihatkan membebankan.
“Lembu dipegang kepada tali, manusia dipeganng
pada janji. Dalam masa yang sama hanya kerana pemimpin-pemiimpin
Perikatan Nasional tidak berhadapan pendakwaan politik bukan bermakna
mereka paling bersih dan tiada sebarang cacat cela.
“UMNO sebuah organisasi siasah besar tidak bergantung kepada mana-mana pemimpin untuk kekal relevan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan