DEWAN
Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sabah hari ini menyangkal dakwaan
sesetengan pihak yang membuat tuduhan sesuka hati mengatakan PAS parti
'racist'.
Saya seorang yang beragama Kristian dan telah menjadi
ahli DHPP sejak tahun 2012. Saya telah membantu PAS Sabah dalam gerak
kerja Pilihan Raya Ke-13 dan Ke-14.
Saya menjadi ahli dalam
PAS ini dengan kesedaran dan secara sukarela apabila melihat semua
pimpinan dan negeri yang pernah diperintah oleh PAS tidak pernah
terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Saya, walaupun berbeza
agama dengan mereka, langsung mereka tidak pernah menggesa saya memeluk
Islam. Malah saya berbangga dengan semua ahli PAS kerana mereka
mempunyai akhlak sangat baik. Dalam mana-mana program yang mereka
adakan, sembahyang mereka tidak pernah lupakan.
SATAIL MAJUNGKAT
Pengerusi
Dewan Himpunan Penyokong PAS Sabah
MR : Orang bukan Islam yang faham erti kehormonian, ketuanan bumiputra faham perjuangan PAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan