SUARA MERDEKA
SELEPAS Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16, UMNO perlu menilai kembali kekuatan parti itu, sama ada mampu atau tidak mampu masuk gelanggang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan menang. Jangan pakai harung sahaja. Tidak ada “Big Data” macam dimiliki Rafizi dari Pakatan Harapan (PH).
Jangan macam dulu waktu PRU-14 yang lepas. Pakai tangkap muat sahaja team-team cybertrooper untuk PMO. Kalau tak silap Belang lebih 30 blogger/portal yang dikatakan “singa perang UMNO” `digaji’ untuk berperang dengan read bean PH.
Dikatakan ada seorang pegawai PMO yang jadi master mind. Tapi habuk pun tarak. Data-data yang diberikan kepada Pak Jib semuanya omong kosong belaka – ‘bodek’. Sehinggakan “Pak Jib’ boleh percaya. Akhirnya bukan sahaja UMNO tersungkur, Pak Jib turut `papa kedana imej’ sampai hari ini.
UMNO jangan sekali-kali ulangi tabiat buruk ini. Percayakan orang tak tentu pasal. Pak Jib pun sudah sedar dari dipermainkan. Ibarat jauhari yang mengenal manikam, mana satu intan mana satu kaca, Pak Nib hari ini sudah berubah. Bossku kian popular, syabas dan tahniah.
Justeru UMNO hari ini setelah PRN Sabah mesti ikut kaedah Pak Jib, bukan ikut fi’ilnya yang lepas.
UMNO mesti sediakan peluru yang hebat. Big Data yang boleh dipercayai. Maknanya sebelum melangkah masuk PRU-15, sudah tahu angka kerusi boleh menang.
Usah berulang lagi insiden PRN Sabah. Terlalu yakin untuk menang sehinggakan UMNO mendesak diberikan banyak kerusi bertanding, kira-kira 40 kerusi, dapat 32 kerusi, malangnya hanya menang 14.
Semak dan perhatikan. UMNO kalah di kubu-kubu kuatnya semasa PRN Sabah 26 September 2020 iaitu Banggi, Pitas, Bongawan, Lumadan, Sindumin, Gum Gum, Sekong, Tungku, Kunak dan Kukusan. Padahal sebahagian besar 10 kerusi ini UMNO sapu bersih pada PRU 2004, 2008 dan 2013. Dari 10 kerusi, Pitas dan Lumadan dikekalkan sehingga PRU 2018. Realitinya 10 kubu kuat ini tewas.
Kerana itu jika Pas satu-satunya parti yang boleh dipercayai, setelah terbukti melalui keputusan dalam siri pilihan raya kecil (PRK) yang lepas, buatlah satu perjanjian dengan Pas.
Jangan Pas pula `ngap’ UMNO. Pas sejak dua menjak ini agak meragukan permainannya kalau sesiapa perasan. Parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini pun suka `ke sini ke sana, ke sana ke sini’. Dengan Perikatan Nasional (PN) pun dia mahu dapat laba politiknya, dengan UMNO pun dia mahu jadi `pisau cukur’.
Asalkan UMNO tak kacau Kelantan, Terengganu dan Kedah cukup. Asalkan PN dapat bantu dana gerakkan jentera pilihan raya partinya nanti pun sudah cukup baik.
Jadi, UMNO mesti ampuh strateginya. Jangan gambil mudah untuk tewaskan musuh politik terutama dalam peperangan minda.
Dalam peperangan membabitkan penjenayah persepsi, lawan UMNO akan melakukan apa saja pendekatan bagi mencapai matlamat.
Mereka turut menggunakan kaedah character assassination atau pembunuhan karektor. UMNO perlukan strategi bersepadu untuk memenangi minda dan hati pengundi.
UMNO tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah lama saja. Sebaliknya gunakan pendekatan baharu terutama mendekati golongan muda atas 18 tahun yang terdedah kepada pelbagai maklumat.
Ini tidak. Bila si Syed Saddiq sibuk buat parti untuk orang muda, pemimpin UMNO tempelak. Kata Syed Saddiq ini dah sasau lah, otak liberal lah, sedangkan semua maklum bahawa kalau tidak PRU-15 pun, PRU-16 adalah pilihan raya umum untuk orang muda.
Sebenarnya, pendekatan perang saraf untuk menang dalam pertarungan atau politik berlaku sejak dari dulu lagi.
Umpamanya ketika Perang Khandaq. Pada 5 Syawal Tahun 627 Masihi menjadi saksi tercetus Perang Khandaq @ Perang Ahzab yang berlangsung selama sebulan. Perang yang mana 10,000 orang tentera musyrikin dari sekitar Tanah Arab memerangi Madinah (Perang Khandaq).
Menyedari keadaan ini, Rasulullah SAW telah bermesyuarat dan mengambil idea bernas daripada Salman Al-Farisi untuk menggali parit di bahagian utara Madinah yang telah dikenalpasti sebagai lokasi pintu masuk pihak musuh. Bahagian lain di sekeliling Kota Madinah dikelilingi oleh gunung-gunung dan kebun-kebun kurma akan menyukarkan kaum musyrikin memasuki kota Madinah.
Berbekalkan semangat kerjasama dan tolong-menolong yang tinggi, umat Islam berjaya menggali parit sepanjang 5,000 hasta sebagai perangkap kepada pihak musuh.
Bagi melaksanakan tugas ini, Nabi Muhammad SAW membahagi sahabat kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang dan setiap kumpulan diarahkan mengali parit sepanjang 40 hasta dan Nabi Muhammad juga turut terlibat dalam projek itu.
Perang ini ada diceritakan dalam al-Qur’an dalam Surah Al-Ahzab. Pengepungan menjadi ‘pertarungan kepintaran’ dalam mana Muslim secara taktikal mengalahkan musuh mereka dengan hanya mengalami korban kecil. Usaha bagi mengalahkan orang Islam gagal dan agama Islam bertambah berpengaruh di rantau itu.
Perang Ahzab bukanlah peperangan yang membawa kepada kerugian dan keuntungan melainkan ia adalah perang saraf semata-mata.
Tiada pertempuran yang hebat antara kedua-dua belah pihak. Namun dalam catatan sejarah Islam ini adalah peperangan yang sangat tegang dan panjang, yang berakhir dengan kekalahan di pihak musyrikin.
UMNO di bawah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menjelaskan betapa melalui kemenangan UMNO -Pas dalam banyak PRK sebelum ini terutama Tanjung Piai 16 November tahun lalu bahawa sebesar manapun dugaan yang dan cabaran yang datang mengasak, jika ahli UMNO bersatu padu, tiada apa pun yang boleh menggugat perjuangan parti.
Parti Bersatu telah membuktikan perang saraf mereka berjaya di Sabah. Walau pun hanya memiliki 11 kerusi, strategi Bersatu terbukti berkesan dan `memanah’ UMNO.
Ayuh UMNO bangkitlah dari lena yang panjang. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan