HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Oktober 2020

"Tak boleh jumpa MB, jahat lalu" (loghat Terengganu), Tak perlu menyamar sebagai PAS, orang kampung tahu siapa dia


Seorang OKU melahirkan rasa kesal kerana sukar bertemu menteri besar Terengganu walaupun sudah 7 kali berulang alik.Tak jelas dia nak jumpa itu dimana dan kenapa. Video ini macam dirakam oleh team terengganufokus.com. Keraguan cara berjumpa, kenapa MB tak naj jumpa masih kabur.

Menurut beliau, sewaktu Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi menjadi Menteri Besar, sekurangnya akan bertemu rakyat sebulan sekali, namun untuk bertemu Samsuri, ia cukup sukar.

Beliau mengakui sebagai penyokong PAS sejak sekian lama.

Semasa Abdul Hadi jadi MB, memang dia boleh dijumpa sangat mudah pada pagi Jumaat selepas kuliah Dhuha di Masjid Rusila, Manakala Shamsuri MB Terengganu yang baharu boleh dijumpa dengan rakyat dan kalau dia benar-benar ahli PAS sebenarnya dia tahu bagaimana nak jumpa MB Terengganu dengan mudah. Malah rakyat biasa pun tahu. Tapi kadang kala MB sibuk perlu temujanji dan masa yang sesuai.

Walau bagaimana pun penasihat dan team MB Samsuri perlu ambil perhatian perkara ini sebelum perangai beberapa orang orang EXCO PAS zaman dulu berulang!

MR :  Perlu perhatian dan tindakan walaupun tak benar atau ada keraguan tuduhan
# Tak boleh jumpa MB jahat lalu -- maknanya Bila tak boleh jumpa terus menghukum jahat tanpa mendegar sebarang alasan

Tiada ulasan: