PERTEMUAN mahabah di antara Dewan Pemuda PAS Negeri
Johor dan Armada BERSATU Johor berjaya dilaksanakan. Pertemuan yang
bukan sekadar untuk mengenali barisan kepimpinan Armada bahkan bertujuan
untuk mempererat jalinan hubungan silaturahim sedia ada.
Pemuda PAS Johor terus memperingatkan bahawa hubungan kedua pihak perlu terus dipupuk atas dasar taawun iaitu
hubungan untuk bertolong-tolong kepada perkara kebaikan dan
meninggalkan sebarang perkara yang membawa kepada dosa sebagaimana
firman-Nya di dalam surah al-Maidah, ayat 2.
Dari sudut politik, pendirian ‘No DAP, No PH’ masih kekal selari dengan pendirian Pusat. ️Pemuda PAS Johor menyeru dan mengajak agar semua pihak khususnya pemimpin Islam untuk benar-benar mengambil Islam sebagai asas penyatuan dengan merujuk kepada firmanNya di dalam Surah An-Nisa, ayat 59.
Pemuda PAS Johor mengingatkan agar kedua pihak untuk terus memelihara penyatuan ini yang sepatutnya boleh memimpin ke arah sebuah penyatuan yang besar khususnya buat seluruh rakyat Malaysia sebagaimana firman-Nya dalam surah ali-Imran, ayat 103. Tanggungjawab penyatuan ini haruslah dipikul secara bersama di antara PAS, BERSATU dan Umno.
Pemuda PAS Johor berharap agar semua pihak terus berusaha untuk memelihara kerjasama ini khususnya di Johor agar ia boleh dijadikan sebagai contoh buat sahabat-sahabat pimpinan dari negeri yang lain. Pemuda PAS Johor kekal bersama dengan pendirian PAS Pusat untuk terus memperkukuh Muafakat Nasional dan mempertahan Perikatan Nasional. DPPNJ berharap agar pertemuan sebegini diteruskan.
Wallahu’alam bissawab ( والله أعلمُ بالـصـواب )
AHMAD NAWFAL MAHFODZKetua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan